Macam mana nak buka akaun Google Adsense

Google Adsense amat popular dikalangan blogger tempatan malah seluruh dunia dengan pendapatan tertinggi setakat ini jika dibandingkan dengan pengeluar servis iklan yang lain. Pada tahun ini juga google telah pun membenarkan iklan Adsense pada blog bahasa melayu. Akaun Google Adsense sangat mudah untuk didapati cuma memerlukan 10 halaman minimum dan semestinya tidak melanggar peraturan Google Adsense.

Mohon Akaun Google Adsense Sekarang

Buka halaman Google Adsense di www.google.com/adsense dan klik pada butang "Sign up now".

Anda kena isi dengan penuh borang tersebut:


Langkah 1. Pilih akaun Google anda

Langkah 2. Tell us about your content: masukkan domain/URL blog yang mana anda nak letakkan iklan Adsense. Pilih bahasa anda.


Sila baca polisi Google Adsense dengan teliti bagi mengelakkan daripada permohonan akaun anda GAGAL. Peluang untuk anda memohon kembali permohonan yang gagal amat tipis sekali.

Peraturan:

Saya tidak akan klik pada iklan sendiri atau menyuruh individu lain untuk klik pada iklan.
Saya tidak akan letakkan iklan pada halaman lucah.
Saya tidak akan meletakkan iklan pada halaman yang mempunyai hak cipta.
Saya tidak mempunyai akaun Adsense yang lain.
Saya tidak akan meletakkan iklan pada ruangan yang mudah untuk individu lain klik pada iklan.

Klik pada kotak "i have read and agree...." selepas itu klik pada "Continue"


Langkah 3. Hantar permohonan Google Adsense anda: Pastikan anda memasukkan maklumat yang betul ketika mengisi borang. Informasi ini akan merujuk kepada pengeluaran bayaran anda nanti. Terakhir sekali, klik pada "Submit my aplication"

Adsense akan membuat reviu pada blog anda dalam masa tidak lebih dari 2 minggu.

Selamat berjaya!
Previous
Next Post »